му ѕєηтιмєηт
Aku kerap kali menyesal kerana berkata tetapi aku tidak pernah menyesal kerana diam


Photobucket


нυѕн ησω

αρρℓє σƒ му єує
Photobucket



мυямυя

ShoutMix chat widget


тнє ѕυρєянєяσєѕ
%. Intan
%. Hilmi
%. Khai
%. Ayu
%. Khadijah
%. Fidd
%. Aishah
%. Maryam
%. U.Sakinah

Liηкωαу
%. Quran Explorer
%. al-Tafsir
%. Hadith Collection

ρнуLσgєηєѕIѕ
%. April 2007
%. May 2007
%. June 2007
%. July 2007
%. August 2007
%. September 2007
%. November 2007
%. December 2007
%. January 2008
%. February 2008
%. March 2008
%. April 2008
%. May 2008
%. June 2008
%. July 2008
%. August 2008
%. September 2008
%. October 2008
%. November 2008
%. December 2008
%. January 2009
%. February 2009
%. March 2009
%. April 2009
%. May 2009
%. June 2009
%. July 2009
%. August 2009
%. September 2009
%. October 2009

¢яєdιтѕ
%. Designer: Me!
%. Host: x, x, x
Thursday, September 18
Time checked : 6:57 AM

I know i have to fight off this thing.

YOU do not scare me, nor will you scare my family line and loved ones.

BOO.

"Ya Allah, Rabb langit (yg tujuh), Rabb bumi, Rabb 'Arsy yg agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu, Pembelah biji dan benih, Yang menurunkan Taurat, Injil dan Al Furqan (Al Quran), aku berlindung kpdMu dr kejahatan segala sesuatu yg Engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkau-lah yang paling pertama, tidak ada sesuatu pun sebelum Mu, Engkau adalah yang paling akhir, tidak ada sesuatu pun setelahMu. Engaku lah yang zahir, tidak ada sesuatu pun yang mengungguliMu,dan Engkau lah yang bathin, tidak ada sesuatu pun yg tersembunyi dariMu, lunasilah hutang kami dan cukupkanlah kami dr kefakiran(kemiskinan)"

HR Muslim dr Abu Hurairah


Wednesday, September 17
Time checked : 6:00 AM

Thanks mi for sharing this article. Topic hangat, a must read. Makes me ponder upon myself...
To a good long fren of mine, may the book inspire and entertain your heart, like how it inspired me.

CINTA ILAHI

"Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini...
Cintaku kini hanya untuk Ilahi...
Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang "setia"?

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan?

Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa? Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata. Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka.
Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur.
Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan.
Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging.
Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata,
“Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan cuba menjadi Rabiatul Adawiyah.

Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti. CINTA ILAHI ADA CARANYA Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah. Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi. Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF


Thursday, September 11
Time checked : 5:38 AM


Walking down my home lane
I had a thought all to myself
“You have a voice, don’t lose it.
You have a choice, so choose it.
You’re in a mess, embrace it.
You have a tool, so fix it.
Bad things gone good
Good things gone bad
I am, the re-offender.